About born2pray@stormreaders' blog

Assalamu 'alaikum. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini baru sahaja dibina dan masih banyak kekurangan. Tujuannya, ana sbg pemilik blog ini berniat utk berkongsi dan menyampaikan perkara2 kebaikan dgn anda smua. Oleh yg demikian, pandangan, cadangan, teguran, tunjuk ajar drpd anda amatlah dialu2kan bg menjadikan blog ini lebih 'hidup' dan 'mesra'. Mudah2an, usaha ini diberkati & diredhai Allah sentiasa serta diterima sbg amalan yg mulia. Allah ciptakan kita sbg khalifah di muka bumi ini & salah satu peranan kita ialah "Sampaikanlah daripadaku, olehmu walau sepotong ayat" (Hadis) InshaAllah - fadzlirohimi@gmail.com-







Saturday, July 24, 2010

Shooting Tournament @ Lapang Sasar Mantin

Satu pengalaman menarik yg ana lalui utk dikongsi bersama. Pagi tadi, ana menyertai satu pertandingan menembak yg dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) N.Sembilan. Ana hanya menyertai team jabatan abah ana. Sebelum ini, kebetulan team abah tdk ckup peserta, maka abah telah telefon ana pd hari khamis bertanyakan sekiranya ana berminat utk turut serta. Spt org yg "disorong bantal", ana terus setuju. Ini satu peluang yg baik, rugi jika menolaknnya. Cuma ana minta abah mmberi sdikit masa utk ana mndapatkan kepastian. Sebabnya, ana perlu mohon cuti pd hari jumaat drpd majikan ana. Pertandingan bermula pd pagi sabtu, maka ana terpaksa mohon cuti hari jumaat. Perjalanan dari kuantan (pahang) ke seremban (n.9) mngambil masa lbh krg 4 - 5 jam. Ana boleh bertolak ke seremban pd waktu pagi. Jika tdk ambil cuti pd hari jumaat, ana terpaksa lah menolak tawaran abah ana tu. Bukan kerana tdk sempat, ttp ana tidak mahu bertolak balik ke seremban waktu malam memandangkan anak ana masih kecil. jd apa2 dlm perjalanan, susah juga nti. Alhamdulillah, cuti ana diluluskan. Terima kasih, Dato' Jem ..... begitu juga buat eo mazhar dan cc sam krn sudi standby sbg pendaftar pd hari jumaat. kalau tdk, nak tak nak, ana tdk boleh cuti. tak merasalah nak join tournament.eheh


Jadi, pagi sabtu ana dan abah serta 2 org lagi ahli pasukan ke Lapang Sasar Mantin, N.9 di mana pertandingan itu diadakan. Perasaan ana time tu mmg exited. Nak pegang pistol ni. Nak cerita pengalaman menembak mmg ana tiada byk pngalaman. Hanya sekali shj iaitu ketika ana mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN melalui modul kepolisan di Pusat Latihan Polis, Cheras. Walaupun sekali, pengalaman ketika itu tidak dpt ana lupakan. ana berjaya menembak tepat mengenai sasaran (bulatan hitam) sbyk 19 kali drpd 20. Satu das yg tersasar tu pun hanya terlepas sedikit shj dr garisan sasaran itu. Ketika itu, 2 orang shbt ana shj yg berjaya menembak tepat kesemua tembakan yg dilepaskan. Maka ana terlepas peluang utk bertanding dlm perlawanan penentuan ketika itu. Tapi, itu kisah dahulu, sudah lebih setahun yg lalu. Hanya tinggal kenangan.

Kini, peluang itu dtg lg. Lapang Sasar Mantin pula menjadi medan ana menunjukkan kemahiran menembak yg dipelajari lbh setahun yg lalu. Masih teringat beberapa tips utk menembak. Yg paling ana ingat ialah 'tenang dan tenang' (perkatan yg sama ejaan, tp sebutan dan makna yg berbeza). Setelah mendaftar dan majlis perasmian pembukaan serta taklimat diadakan, maka pertandingan bermula. Semua peserta menunjukkan bakat masing2 dgn gaya dan ragam yg tersendiri. Lucu juga melihat gelagat mereka, namun lucu2 pun, tembak tepat juga. Jgn main2. Mgkin itulah cara mereka. Peserta yg byk menonjol kebanyakannya drpd wakil peserta urusetia sendiri, SPRM. Tgk gaya pun, ana agak mereka dh selalu training. So, tak hairanlah mereka nmpk penuh yakin shj. Begitu juga dengan peserta2 drpd badan beruniform (termasuk ketua jabatan)seperti polis dan jabatan penjara. yg lain2 spt wakil peserta pihak media, jabatan2 kerajaan yg lain kelihatan biasa2 shj.

Akhirnya, tibalah giliran ana pula. dengan semangat yg ada, ana mengambil tempat. setiap peserta akan dibantu oleh urusetia. 20 peluru disediakan utk seorang peserta. Setelah wisel ditiupkan, ana dan beberapa peserta mulakan tembakan. 'Tenang dan tenang', itulah yg ana amalkan sblm melepaskan tembakan. Das pertama pun di lepaskan. Kena! Alhamdulillah. Teknik 'tenang dan tenang' menjadi. Walaupun ana mengambil masa sehingga lebih 10 saat utk melepaskan satu das tembakan, ttp teknik ini mmg memberi hasil yg sgt memuaskan. Nasib baik pertandingan kategori individu ni tdk mengambil kira ketetapan masa. Peserta bebas dgn masa masing2. Jd, ana mesti berhati2 dan lebih teliti. Ni pertandingan ketepatan bukannya kepantasan. Kalau dlm perang, tak boleh la ambik masa...belum tembak pun, kita yg surrender dulu ;-)

Utk tembakan ke-2, tiba2 ana mula rasa lenguh tangan dek krn terlalu lama mngambil masa. Tangan ana mula terketar2 menahan beban. Sasaran mula lari. Tp, ana cuba tahan dan mula lepaskan tembakan. Pom! akhirnya satu lg das tembakan dilepaskan.

"Abang, tembakan ni tak kena la", urusetia di sebelah memberitahu ana.

Alamak! dah kantoi. Smgt ana down la pula lepas tu. Dan untuk tembakan seterusnya, lagi 5 tembakan tidak terkena sasaran.

"Abg jgn goyang2kan tangan. Kalau tangan rasa lenguh, abang letak dulu pistol dan ambil semula bila dah ok" urusetia berbangsa India tersebut mmberi pandangan.

Betul juga, kenapalah tak terfikir td. Mgkin ada sedikit perasaan ego dlm diri ana, maka tidak terfikir utk melakukan sptmana dinasihatkan. Ana akhirnya menuruti cadangan urusetia tersebut dan menamatkan 'misi' ana dengan 14 tembakan mengenai sasaran. Alhamdulillah, selesai juga. Ana dpt 144 mata utk acara itu. Pertandingan itu berakhir dgn acara berkumpulan dlm acara 'falling plate' (jatuhkan plat).

Kumpulan ana hanya menang hadiah saguhati. Wlaupun begitu, menang atau kalah bukanlah menjadi tujuan sebenarnya. Itu mmg sudah lumrah sesebuah pertandingan, mesti ada yg menang dan ada yg kalah. Pada ana, apa yg sgt penting adalah lebih drpd itu. Ianya penuh dngn pengalaman dan pengajaran yg berguna. Semangat berpasukan, jalinan ukhwah, rehatkan minda dsbnya merupakan hikmah yg tersirat disebalik pertandingan ini. Lbh penting dari itu, ia mengajar kita utk menetapkan matlamat dan niat kita. Sbg manusia biasa, ana akui kdg2 krn keghairahan kita, niat dan matlamat kita tersasar dr yg seharusnya. Niat kita mgkin baik, namun ia masih tdk mencukupi jika tanpa kita niatkan kerana Allah swt. Niat nak bersukan, merapatkan ukhwah, dan memenangi perlawanan adalah niat yg baik. Ttp semua itu masih tdk mencukupi jika tidak disandarkan kpd Yang Maha Esa. Itulah hikmah yg paling utama yg ana pelajari. Dek kerana terlalu teruja dan seronok, ana lupa matlamat yg paling utama. Maka, Allah telah menghukum ana secara tdk langsung. Bukan ana shj, mgkn juga semua di antara kita mengalaminya tanpa disedari. Pokoknya, ingatlah... jagalah niat kita. Matlamat kita dlm sesuatu perkara mestilah betul. Suci murni kerana Allah.

Ana bersyukur utk menikmati peluang seperti ini, Alhamdulillah. Ingat, Rasulullah pernah berpesan,

" setiap sesuatu amalan itu hendaklah dimulakan dgn niat..." (hadith)

Jadi, fikir2kanlah utk kebaikan bersama. Sebelum tu, lupa nak bgtahu...urusetia yg membantu ana itu merupakan johan bg kategori individu dengan markah lebih 190 mata. Siapa tahu kan?

OK, kita sembang lagi nnti, Insha-Allah

No comments:

Post a Comment