About born2pray@stormreaders' blog

Assalamu 'alaikum. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini baru sahaja dibina dan masih banyak kekurangan. Tujuannya, ana sbg pemilik blog ini berniat utk berkongsi dan menyampaikan perkara2 kebaikan dgn anda smua. Oleh yg demikian, pandangan, cadangan, teguran, tunjuk ajar drpd anda amatlah dialu2kan bg menjadikan blog ini lebih 'hidup' dan 'mesra'. Mudah2an, usaha ini diberkati & diredhai Allah sentiasa serta diterima sbg amalan yg mulia. Allah ciptakan kita sbg khalifah di muka bumi ini & salah satu peranan kita ialah "Sampaikanlah daripadaku, olehmu walau sepotong ayat" (Hadis) InshaAllah - fadzlirohimi@gmail.com-







Saturday, July 17, 2010

Salam perkenalan

Assalamu 'alaikum w.b.t...
Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dan dengan kehendak-Nya, Alhamdulillah akhirnya ana berjaya buat kali pertamanya mempunyai blog hasil percubaan sendiri. Bukan x pernah ada blog sebelum ni, tapi yg lama tu ana mintak tolong org buatkan. maka bertahun-tahunlah blog itu tersadai. Maklumler, org mcm ana ni mmg x pandai bab-bab buat blog ni. Namun dalam era IT dan global skrg, kewujudan blog ni boleh diibaratkan cam cendawan tumbuh selepas hujan. Blogger2 menggunakan blog mereka utk pelbagai tujuan... ada yang menceritakan ttg diri dan pengalaman, ada yang meluahkan perasaan, ada yg gunakan untuk promote barang2, malah terdapat juga blogger yg menggunakan blog ini sbg satu platform utk menyampaikan idea dan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Rasanya tak perlulah ana citer lbh lanjut, i think u all know better... ana ni baru jer nak start blajar nak wat blog, jd lantaran hal yg ana sebut td lah, ana mula terfikir,"kenapa tidak saya mempunyai blog sendiri?..." dgn blog, maybe ana bleh share sumthings dgn sesiapa yg melawat blog ana ni. maybe jgk, ana leh promote barang... dan x mustahil ana leh luahkan apa2 yg bleh diluahkan utk perkongsian dan pengajaran bersama. Niatnya tiada lain, hanyalah lebih kpd penyampaian sesuatu pendapat, idea, cerita, berita atau sebagainya. Dan pd ana, alangkah baiknya jika apa yg disampaikan itu akan memberi manfaat kpd semua org.
Jadi, blog ana yang dinamakan 'Born2pray' ini mempunyai maknanya yang tersendiri. Born2pray = born to pray = dlm Bahasa Melayunya 'lahir/hidup untuk beribadah'. Maksudnya kita di dunia ini hidup adalah utk mjadi khalifah Allah swt dan tunduk serta patuh kepadaNya. "Tidak Aku jadikan dari kalangan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya..." (Al-Quran) Hmm, blog ini juga sebenarnya lebih kpd ana nak beri nafas baru kpd blog lama ( http://afrs.blog.friendster.com/ ) ana yg tersadai dulu, tapi start dari zero balik lah. blog lama tu sempatla ana post beberapa artikel, yg di copy & paste dr sumber2 lain. Ana nak berkongsi dengan sesiapa sahaja yang suka dan minat dgn ilmu dan cintakan kelazatan beribadah kpd Maha Pencipta. Mudah2an blog ni dpt menjadi sbg salah satu drpd blog2 yang mngetengahkan elemen2 ilmiah. Ana juga bercadang nak buka sebuah kedai buku maya @ e-store nanti utk mempromosikan bahan2 ilmiah kpd semua pembaca, inshaAllah. Ana ni nak hasilkan bahan2 ilmiah ni sukarlah skit, maka menyampaikan sesuatu perkara kebaikan kpd org mgkn menjadi pilihan ana. Sbg contoh melalui blog inilah. Rasulullah pernah bersabda "sampaikan daripadaku olehmu, walau sepotong ayat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin di peringkat permulaan ini, post2 ana byk copy & paste dr sumber2 yg lain, namun utk meningkatkan keupayaan diri, inshaAllah i'll try to create my own post...my own story...etc.
Ana telah mulakan langkah ini...doakanlah agar ana dpt istiqamah dalam melakukan usaha yang 'sedikit' ini. Walaupun ianya menuntut komitmen yg tinggi, dapat nukil post yang 1st ni pun dah suka sgt...syukur Alhamdulillah ;-)
Baiklah, setakat ni dululah wahai para sahabat2 semua...inshaAllah nnti kita sembang lagi....
Sebelum itu, marilah kita sama2 renungkan sepotong ayat ini," Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku kerana Allah swt...". Renung2kanlah. Hidup ini untuk beribadah.... ;-) -Born2pray-

No comments:

Post a Comment