Assalamu 'alaikum...
Sebelum ni ana ada bgtau nak ceritakan serba sedikit ttg ana & family. So, skrg ni ana akan tunaikan janji ana, inshaAllah. Ana rasa eloklah juga kita berta'aruf (suai-kenal) setakat yg boleh dikongsi bersama. Kalau tak kenal, maka tak cintalah. Slalu kita dgar ungkapan ni. Maksud cinta di sini adalah perasaan cinta antara kita semua yg saling bersaudara, seterusnya akan medekatkan cinta kita kpdNya. Di dlm Al-Quran pun sudah menyatakan, "Sesungguhnya orang yang beriman (mukmin) itu bersaudara...". Jelas di sini, walaupun kita berbeza bangsa, warna kulit, keturunan dan sbgnya, namun apabila kita beriman kpd Yang Maha Esa, kita adalah saudara...mempunyai ikatan dan jalinan yg sgt erat tanpa disedari. Walau jauh beribu batu, tetapi tautan hati antara kita sentiasa dihubungkan dgn 'tali' Allah, SubhanAllah ;-) Harus kita mensyukuri nikmat yg diberikanNya ini... Alhamdulillah.
Oklah, cukuplah intro lebih2 ni. Jomlah kita bersuai kenal. Harap2 shbt2 yg mengunjungi blog ini pun sudi membacanya. Jika ada kelapangan, anda semua dialu2kan utk turut sama memeriahkan blog. Nak drop komen pun boleh, nak say 'hi' da 'hello' pun ok. No problem.
Bismillahirrahmanirrahim... dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, ana memperkenalkan diri ana...
(2) MA & ABAH : Ma ana seorang suri rumah sepenuh masa. Kawin dgn abah pada tahun 1982. Jarak umur ma ngan abah 8 tahun. Skrg ni abah ana dah 55 thn, ma ana 47 thn. Hasil perkongsian hidup, ma abah dikurniakan 6 org anak. smuanya ana dh nyatakan kat atas td. Abah skrg msh bkerja di N.9. Lagi 3 thn, abah akn pencen. Cadangnya, slps pencen mreka akn pulang ke kampung di Terengganu. Rumah sndiri pun sdh ada, tnggu tuan rumah balik je ;-) itulah ma dan abah ana, mak cik Rose dan pak cik Suhaimi.
(1) ADIK-ADIK : Ana mempunyai 6 org adik beradik. 4 lelaki dan 2 perempuan. Ana merupakan anak yg sulung. Mereka panggil ana 'Along'. Ana kan abang, mesti panggil along... bukan ah long, tapi along. Adik ana yg pertama, Ajiey @ angah berumur 25 thn, muda 2 thn dr ana; baru shj menamatkan study di UPSI. Adik ana yg ke-2, perempuan. Ijah @ kakak (24 thn) memandangkan dia ni anak perempuan sulung. Skrg masih lg study di UKM. Kemudian, adik ana yang ke 3 dan ke 4, kedua2nya lelaki, Naim @ teh (18 thn) dan Faiz @ de(17 thn), mereka masih belajar di ting. 6 dan 5. Dan adik ana yg paling bongsu, munirah @ muni. Adik ana yg ni paling manja sbb dia paling bongsu. Selalu menggelarkan dirinya pompuan paling comel di Malaysia. Biasalah, anak bongsu. skrg masih lg belajar di darjah 5.
(3) Soulmate @ zaujati : Isteri ana ni org Pahang. Namanya Nor Azlina. Muda 3 thn dr ana. Anak ke3 dr 7 adik bradik. Kami kahwin semasa semua guru menyambut hari guru tahun 2009. Alhamdulillah, dgn sekali lafaz, kami sah mjadi suami isteri. Smg berkekalan dunia akhirat, Amin. Masa kahwin, isteri ana msh lg student di uiam. skrg dah grad. smentara tunggu konvo, jd suri rumah spenuh masa + jaga anak ;-)
(4) Permata hati walid dan ummi : Ana dan isteri dikurniakan seorg baby lelaki pd 2.6.2010. Nama baby kami Adam Naufal. Masa mula2 isteri ana disahkan mngandung, ana mmg smangat. pelbagai jenis bahan bacaan ttg proses kelahiran, petua2 ibu mngandung etc ana beli. Ana dan isteri mula memikirkan nama yg sesuai utk bakal baby kami masa tu. Ana awal2 dh berkenan nk letak nama anak, Adam, nama salah seorang nabi dan juga mmberi maksud ikutan 2 tauladan. Jika anak lelakilah. Jika anak perempuan ana nak letak nama Hawa, Najwa dan byk pilihan lain lg. Akhirnya lahirlah baby lelaki. Nama Naufal pula dipilih oleh ummi dia utk dipasangkn dgn nama Adam. Naufal maknanya dermawan. Smg nama dan maksudnya menjadi sebati dgn jiwa dan akhlak anak kami kelak. Skrg Adam dah nak masuk usia 6 bulan dah. Berat pun bleh tahan, dah nak cecah 8 kg. Pape pun, kehadiran Adam Naufal menambah seri ummi dan walid ;-)
Myself : Nama ana sptmana di dlm profile. Ana skrg kerja di area kuantan, pahang sbg penjawat awam. kerja di jabatan yg leh dikatakan mjadi tumpuan org ramai. Kerja di Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG) Pahang sememangnya mmberi cabaran buat ana. Mgkn kita akan bkongsi pngalaman pd sesi yg lain pula. InshaAllah. Ana graduan dalam bidang perakaunan di UiTM (T'ganu & Melaka). Kelulusan ana sbnrnya tiada kaitan sgt dgn kerja ana skrg.
Jadi, bgtulah serba-sedikit ttg ana dan keluarga. Jika ad ksempatan lg, kita sembang lg, InshaAllah. Ngantuk daa...
Salam
No comments:
Post a Comment