About born2pray@stormreaders' blog

Assalamu 'alaikum. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini baru sahaja dibina dan masih banyak kekurangan. Tujuannya, ana sbg pemilik blog ini berniat utk berkongsi dan menyampaikan perkara2 kebaikan dgn anda smua. Oleh yg demikian, pandangan, cadangan, teguran, tunjuk ajar drpd anda amatlah dialu2kan bg menjadikan blog ini lebih 'hidup' dan 'mesra'. Mudah2an, usaha ini diberkati & diredhai Allah sentiasa serta diterima sbg amalan yg mulia. Allah ciptakan kita sbg khalifah di muka bumi ini & salah satu peranan kita ialah "Sampaikanlah daripadaku, olehmu walau sepotong ayat" (Hadis) InshaAllah - fadzlirohimi@gmail.com-







Saturday, July 24, 2010

Shooting Tournament @ Lapang Sasar Mantin

Satu pengalaman menarik yg ana lalui utk dikongsi bersama. Pagi tadi, ana menyertai satu pertandingan menembak yg dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) N.Sembilan. Ana hanya menyertai team jabatan abah ana. Sebelum ini, kebetulan team abah tdk ckup peserta, maka abah telah telefon ana pd hari khamis bertanyakan sekiranya ana berminat utk turut serta. Spt org yg "disorong bantal", ana terus setuju. Ini satu peluang yg baik, rugi jika menolaknnya. Cuma ana minta abah mmberi sdikit masa utk ana mndapatkan kepastian. Sebabnya, ana perlu mohon cuti pd hari jumaat drpd majikan ana. Pertandingan bermula pd pagi sabtu, maka ana terpaksa mohon cuti hari jumaat. Perjalanan dari kuantan (pahang) ke seremban (n.9) mngambil masa lbh krg 4 - 5 jam. Ana boleh bertolak ke seremban pd waktu pagi. Jika tdk ambil cuti pd hari jumaat, ana terpaksa lah menolak tawaran abah ana tu. Bukan kerana tdk sempat, ttp ana tidak mahu bertolak balik ke seremban waktu malam memandangkan anak ana masih kecil. jd apa2 dlm perjalanan, susah juga nti. Alhamdulillah, cuti ana diluluskan. Terima kasih, Dato' Jem ..... begitu juga buat eo mazhar dan cc sam krn sudi standby sbg pendaftar pd hari jumaat. kalau tdk, nak tak nak, ana tdk boleh cuti. tak merasalah nak join tournament.eheh


Jadi, pagi sabtu ana dan abah serta 2 org lagi ahli pasukan ke Lapang Sasar Mantin, N.9 di mana pertandingan itu diadakan. Perasaan ana time tu mmg exited. Nak pegang pistol ni. Nak cerita pengalaman menembak mmg ana tiada byk pngalaman. Hanya sekali shj iaitu ketika ana mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN melalui modul kepolisan di Pusat Latihan Polis, Cheras. Walaupun sekali, pengalaman ketika itu tidak dpt ana lupakan. ana berjaya menembak tepat mengenai sasaran (bulatan hitam) sbyk 19 kali drpd 20. Satu das yg tersasar tu pun hanya terlepas sedikit shj dr garisan sasaran itu. Ketika itu, 2 orang shbt ana shj yg berjaya menembak tepat kesemua tembakan yg dilepaskan. Maka ana terlepas peluang utk bertanding dlm perlawanan penentuan ketika itu. Tapi, itu kisah dahulu, sudah lebih setahun yg lalu. Hanya tinggal kenangan.

Kini, peluang itu dtg lg. Lapang Sasar Mantin pula menjadi medan ana menunjukkan kemahiran menembak yg dipelajari lbh setahun yg lalu. Masih teringat beberapa tips utk menembak. Yg paling ana ingat ialah 'tenang dan tenang' (perkatan yg sama ejaan, tp sebutan dan makna yg berbeza). Setelah mendaftar dan majlis perasmian pembukaan serta taklimat diadakan, maka pertandingan bermula. Semua peserta menunjukkan bakat masing2 dgn gaya dan ragam yg tersendiri. Lucu juga melihat gelagat mereka, namun lucu2 pun, tembak tepat juga. Jgn main2. Mgkin itulah cara mereka. Peserta yg byk menonjol kebanyakannya drpd wakil peserta urusetia sendiri, SPRM. Tgk gaya pun, ana agak mereka dh selalu training. So, tak hairanlah mereka nmpk penuh yakin shj. Begitu juga dengan peserta2 drpd badan beruniform (termasuk ketua jabatan)seperti polis dan jabatan penjara. yg lain2 spt wakil peserta pihak media, jabatan2 kerajaan yg lain kelihatan biasa2 shj.

Akhirnya, tibalah giliran ana pula. dengan semangat yg ada, ana mengambil tempat. setiap peserta akan dibantu oleh urusetia. 20 peluru disediakan utk seorang peserta. Setelah wisel ditiupkan, ana dan beberapa peserta mulakan tembakan. 'Tenang dan tenang', itulah yg ana amalkan sblm melepaskan tembakan. Das pertama pun di lepaskan. Kena! Alhamdulillah. Teknik 'tenang dan tenang' menjadi. Walaupun ana mengambil masa sehingga lebih 10 saat utk melepaskan satu das tembakan, ttp teknik ini mmg memberi hasil yg sgt memuaskan. Nasib baik pertandingan kategori individu ni tdk mengambil kira ketetapan masa. Peserta bebas dgn masa masing2. Jd, ana mesti berhati2 dan lebih teliti. Ni pertandingan ketepatan bukannya kepantasan. Kalau dlm perang, tak boleh la ambik masa...belum tembak pun, kita yg surrender dulu ;-)

Utk tembakan ke-2, tiba2 ana mula rasa lenguh tangan dek krn terlalu lama mngambil masa. Tangan ana mula terketar2 menahan beban. Sasaran mula lari. Tp, ana cuba tahan dan mula lepaskan tembakan. Pom! akhirnya satu lg das tembakan dilepaskan.

"Abang, tembakan ni tak kena la", urusetia di sebelah memberitahu ana.

Alamak! dah kantoi. Smgt ana down la pula lepas tu. Dan untuk tembakan seterusnya, lagi 5 tembakan tidak terkena sasaran.

"Abg jgn goyang2kan tangan. Kalau tangan rasa lenguh, abang letak dulu pistol dan ambil semula bila dah ok" urusetia berbangsa India tersebut mmberi pandangan.

Betul juga, kenapalah tak terfikir td. Mgkin ada sedikit perasaan ego dlm diri ana, maka tidak terfikir utk melakukan sptmana dinasihatkan. Ana akhirnya menuruti cadangan urusetia tersebut dan menamatkan 'misi' ana dengan 14 tembakan mengenai sasaran. Alhamdulillah, selesai juga. Ana dpt 144 mata utk acara itu. Pertandingan itu berakhir dgn acara berkumpulan dlm acara 'falling plate' (jatuhkan plat).

Kumpulan ana hanya menang hadiah saguhati. Wlaupun begitu, menang atau kalah bukanlah menjadi tujuan sebenarnya. Itu mmg sudah lumrah sesebuah pertandingan, mesti ada yg menang dan ada yg kalah. Pada ana, apa yg sgt penting adalah lebih drpd itu. Ianya penuh dngn pengalaman dan pengajaran yg berguna. Semangat berpasukan, jalinan ukhwah, rehatkan minda dsbnya merupakan hikmah yg tersirat disebalik pertandingan ini. Lbh penting dari itu, ia mengajar kita utk menetapkan matlamat dan niat kita. Sbg manusia biasa, ana akui kdg2 krn keghairahan kita, niat dan matlamat kita tersasar dr yg seharusnya. Niat kita mgkin baik, namun ia masih tdk mencukupi jika tanpa kita niatkan kerana Allah swt. Niat nak bersukan, merapatkan ukhwah, dan memenangi perlawanan adalah niat yg baik. Ttp semua itu masih tdk mencukupi jika tidak disandarkan kpd Yang Maha Esa. Itulah hikmah yg paling utama yg ana pelajari. Dek kerana terlalu teruja dan seronok, ana lupa matlamat yg paling utama. Maka, Allah telah menghukum ana secara tdk langsung. Bukan ana shj, mgkn juga semua di antara kita mengalaminya tanpa disedari. Pokoknya, ingatlah... jagalah niat kita. Matlamat kita dlm sesuatu perkara mestilah betul. Suci murni kerana Allah.

Ana bersyukur utk menikmati peluang seperti ini, Alhamdulillah. Ingat, Rasulullah pernah berpesan,

" setiap sesuatu amalan itu hendaklah dimulakan dgn niat..." (hadith)

Jadi, fikir2kanlah utk kebaikan bersama. Sebelum tu, lupa nak bgtahu...urusetia yg membantu ana itu merupakan johan bg kategori individu dengan markah lebih 190 mata. Siapa tahu kan?

OK, kita sembang lagi nnti, Insha-Allah

Thursday, July 22, 2010

Jom Ta'aruf...

Assalamu 'alaikum...


Sebelum ni ana ada bgtau nak ceritakan serba sedikit ttg ana & family. So, skrg ni ana akan tunaikan janji ana, inshaAllah. Ana rasa eloklah juga kita berta'aruf (suai-kenal) setakat yg boleh dikongsi bersama. Kalau tak kenal, maka tak cintalah. Slalu kita dgar ungkapan ni. Maksud cinta di sini adalah perasaan cinta antara kita semua yg saling bersaudara, seterusnya akan medekatkan cinta kita kpdNya. Di dlm Al-Quran pun sudah menyatakan, "Sesungguhnya orang yang beriman (mukmin) itu bersaudara...". Jelas di sini, walaupun kita berbeza bangsa, warna kulit, keturunan dan sbgnya, namun apabila kita beriman kpd Yang Maha Esa, kita adalah saudara...mempunyai ikatan dan jalinan yg sgt erat tanpa disedari. Walau jauh beribu batu, tetapi tautan hati antara kita sentiasa dihubungkan dgn 'tali' Allah, SubhanAllah ;-) Harus kita mensyukuri nikmat yg diberikanNya ini... Alhamdulillah.


Oklah, cukuplah intro lebih2 ni. Jomlah kita bersuai kenal. Harap2 shbt2 yg mengunjungi blog ini pun sudi membacanya. Jika ada kelapangan, anda semua dialu2kan utk turut sama memeriahkan blog. Nak drop komen pun boleh, nak say 'hi' da 'hello' pun ok. No problem.


Bismillahirrahmanirrahim... dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, ana memperkenalkan diri ana...


(2) MA & ABAH : Ma ana seorang suri rumah sepenuh masa. Kawin dgn abah pada tahun 1982. Jarak umur ma ngan abah 8 tahun. Skrg ni abah ana dah 55 thn, ma ana 47 thn. Hasil perkongsian hidup, ma abah dikurniakan 6 org anak. smuanya ana dh nyatakan kat atas td. Abah skrg msh bkerja di N.9. Lagi 3 thn, abah akn pencen. Cadangnya, slps pencen mreka akn pulang ke kampung di Terengganu. Rumah sndiri pun sdh ada, tnggu tuan rumah balik je ;-) itulah ma dan abah ana, mak cik Rose dan pak cik Suhaimi.

(1) ADIK-ADIK : Ana mempunyai 6 org adik beradik. 4 lelaki dan 2 perempuan. Ana merupakan anak yg sulung. Mereka panggil ana 'Along'. Ana kan abang, mesti panggil along... bukan ah long, tapi along. Adik ana yg pertama, Ajiey @ angah berumur 25 thn, muda 2 thn dr ana; baru shj menamatkan study di UPSI. Adik ana yg ke-2, perempuan. Ijah @ kakak (24 thn) memandangkan dia ni anak perempuan sulung. Skrg masih lg study di UKM. Kemudian, adik ana yang ke 3 dan ke 4, kedua2nya lelaki, Naim @ teh (18 thn) dan Faiz @ de(17 thn), mereka masih belajar di ting. 6 dan 5. Dan adik ana yg paling bongsu, munirah @ muni. Adik ana yg ni paling manja sbb dia paling bongsu. Selalu menggelarkan dirinya pompuan paling comel di Malaysia. Biasalah, anak bongsu. skrg masih lg belajar di darjah 5.



(3) Soulmate @ zaujati : Isteri ana ni org Pahang. Namanya Nor Azlina. Muda 3 thn dr ana. Anak ke3 dr 7 adik bradik. Kami kahwin semasa semua guru menyambut hari guru tahun 2009. Alhamdulillah, dgn sekali lafaz, kami sah mjadi suami isteri. Smg berkekalan dunia akhirat, Amin. Masa kahwin, isteri ana msh lg student di uiam. skrg dah grad. smentara tunggu konvo, jd suri rumah spenuh masa + jaga anak ;-)


(4) Permata hati walid dan ummi : Ana dan isteri dikurniakan seorg baby lelaki pd 2.6.2010. Nama baby kami Adam Naufal. Masa mula2 isteri ana disahkan mngandung, ana mmg smangat. pelbagai jenis bahan bacaan ttg proses kelahiran, petua2 ibu mngandung etc ana beli. Ana dan isteri mula memikirkan nama yg sesuai utk bakal baby kami masa tu. Ana awal2 dh berkenan nk letak nama anak, Adam, nama salah seorang nabi dan juga mmberi maksud ikutan 2 tauladan. Jika anak lelakilah. Jika anak perempuan ana nak letak nama Hawa, Najwa dan byk pilihan lain lg. Akhirnya lahirlah baby lelaki. Nama Naufal pula dipilih oleh ummi dia utk dipasangkn dgn nama Adam. Naufal maknanya dermawan. Smg nama dan maksudnya menjadi sebati dgn jiwa dan akhlak anak kami kelak. Skrg Adam dah nak masuk usia 6 bulan dah. Berat pun bleh tahan, dah nak cecah 8 kg. Pape pun, kehadiran Adam Naufal menambah seri ummi dan walid ;-)


Myself : Nama ana sptmana di dlm profile. Ana skrg kerja di area kuantan, pahang sbg penjawat awam. kerja di jabatan yg leh dikatakan mjadi tumpuan org ramai. Kerja di Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG) Pahang sememangnya mmberi cabaran buat ana. Mgkn kita akan bkongsi pngalaman pd sesi yg lain pula. InshaAllah. Ana graduan dalam bidang perakaunan di UiTM (T'ganu & Melaka). Kelulusan ana sbnrnya tiada kaitan sgt dgn kerja ana skrg.


Jadi, bgtulah serba-sedikit ttg ana dan keluarga. Jika ad ksempatan lg, kita sembang lg, InshaAllah. Ngantuk daa...


Salam


Monday, July 19, 2010

Pegawai Pengiring @ LO

Bismillahirrahmanirrahim....
Ana baru shj lepas terlibat dengan Kejohanan Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (S.U.K.) Se-Malaysia kali ke-3. Kejohanan ini berlangsung dari 15-19 julai 2010; kali ni buat di Negeri Pahang. Hanya sumbangan kecil shj, sbagai Pegawai Pengiring @ Liaison Officer (LO) kepada VIP yang hadir. Ana ditugaskan untuk mengiringi pegawai tertinggi dari Pulau Pinang. Dengan nikmat masa yg diberikan Allah, ana berpeluang utk memberi khidmat kpd YBhg. TSUK P.Pinang (Y.Bhg Dato' Mohammad Yusoff) dan SUK P.Pinang (Y.Bhg Dato' Zainal Rahim) sendiri. Alhamdulillah, kedua2 figura ini selamat pulang ke P.Pinang. Dan, pagi tadi juga, ana telah menghantar TSUK Sarawak, Y.Bhg Datu Abdul Ghafur Shariff ke Airport Kuantan setelah kami breakfast di Tanjung Api(beliau teringin nk makan n.dagang).
Pengalaman sebegini amat bermakna buat ana. Ini bukanlah kali pertama ana berkhidmat sbg LO. Sebelum ini juga, ana juga pernah menjadi LO kpd Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Y.Bhg Tan Sri Ismail Merican utk satu event yang penting. Hikmahnya, walaupun dgn tempoh masa yg singkat, tugasan ini mmberi ruang kpd ana utk mengenali dgn lbh dekat individu2 yg ana bleh katakan sgt disegani dan dihormati krn kepimpinan mereka. Ana jg bpeluang utk berbicara dan minta pndapat drpd mereka ini di samping mmberi khidmat (sbg LO) kpd mereka. Hanya ingin berkongsi dgn kalian.
Oleh sbb itu, 2-3 hari ni, ana x smpatlah nak update blog ni. Hari tu, bkn main smgt lg ana...then, bila sibuk mulalah slow. Mgkin, ini adalah dugaan kpd ana. so, blehla mntak pndangan shbt2 yg dtg blog ni bg pandangan skit utk ana...bagaimana nk manage blog ni ye? kena mnuntut ilmu management dan disiplin diri jg ni...ehehe....ye lah, nak buat apa2 pun msti lah kena ada ilmu. Ana teringat la, kita selalu dengar hadith drpd Rasulullah s.a.w ttg menuntut ilmu ni. Hadithnya cukup masyur. Mari kita kongsi sama2,
"Barangsiapa yang bkehendakkan dunia hendaklah dgn ilmu, barangsiapa yg bkehendakkan akhirat hendaklah dgn ilmu, dan brgsiapa yg bkehendakkan kedua2nya hendaklah dgn ilmu"
So, apa2 yg kita ingin laksanakan hndaklah mmpunyai ilmu pngetahuan. Jika tidak tahu, bertanyalah kpd mereka yg tahu. Jika tidak tanya, sesatlah jalan. Lagi buruk, sesat selama2nya. Na'uzubillahimin zalik.
Oklah, waktu rehat dh nak abis...ptg ni ana ada meeting...inshaAllah, jika ada ksempatan..kita sembang lagi... ana nk cerita serba sdikit ttg diri ana, fmily ana etc sbg perkongsian bsama2 shbt smua. Apa salahnya kita berkongsi perkara2 yg baik ni kan... mudah2an ada keberkatan hasil pkongsian kita nnti. Amin

Saturday, July 17, 2010

Salam perkenalan

Assalamu 'alaikum w.b.t...
Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dan dengan kehendak-Nya, Alhamdulillah akhirnya ana berjaya buat kali pertamanya mempunyai blog hasil percubaan sendiri. Bukan x pernah ada blog sebelum ni, tapi yg lama tu ana mintak tolong org buatkan. maka bertahun-tahunlah blog itu tersadai. Maklumler, org mcm ana ni mmg x pandai bab-bab buat blog ni. Namun dalam era IT dan global skrg, kewujudan blog ni boleh diibaratkan cam cendawan tumbuh selepas hujan. Blogger2 menggunakan blog mereka utk pelbagai tujuan... ada yang menceritakan ttg diri dan pengalaman, ada yang meluahkan perasaan, ada yg gunakan untuk promote barang2, malah terdapat juga blogger yg menggunakan blog ini sbg satu platform utk menyampaikan idea dan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Rasanya tak perlulah ana citer lbh lanjut, i think u all know better... ana ni baru jer nak start blajar nak wat blog, jd lantaran hal yg ana sebut td lah, ana mula terfikir,"kenapa tidak saya mempunyai blog sendiri?..." dgn blog, maybe ana bleh share sumthings dgn sesiapa yg melawat blog ana ni. maybe jgk, ana leh promote barang... dan x mustahil ana leh luahkan apa2 yg bleh diluahkan utk perkongsian dan pengajaran bersama. Niatnya tiada lain, hanyalah lebih kpd penyampaian sesuatu pendapat, idea, cerita, berita atau sebagainya. Dan pd ana, alangkah baiknya jika apa yg disampaikan itu akan memberi manfaat kpd semua org.
Jadi, blog ana yang dinamakan 'Born2pray' ini mempunyai maknanya yang tersendiri. Born2pray = born to pray = dlm Bahasa Melayunya 'lahir/hidup untuk beribadah'. Maksudnya kita di dunia ini hidup adalah utk mjadi khalifah Allah swt dan tunduk serta patuh kepadaNya. "Tidak Aku jadikan dari kalangan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya..." (Al-Quran) Hmm, blog ini juga sebenarnya lebih kpd ana nak beri nafas baru kpd blog lama ( http://afrs.blog.friendster.com/ ) ana yg tersadai dulu, tapi start dari zero balik lah. blog lama tu sempatla ana post beberapa artikel, yg di copy & paste dr sumber2 lain. Ana nak berkongsi dengan sesiapa sahaja yang suka dan minat dgn ilmu dan cintakan kelazatan beribadah kpd Maha Pencipta. Mudah2an blog ni dpt menjadi sbg salah satu drpd blog2 yang mngetengahkan elemen2 ilmiah. Ana juga bercadang nak buka sebuah kedai buku maya @ e-store nanti utk mempromosikan bahan2 ilmiah kpd semua pembaca, inshaAllah. Ana ni nak hasilkan bahan2 ilmiah ni sukarlah skit, maka menyampaikan sesuatu perkara kebaikan kpd org mgkn menjadi pilihan ana. Sbg contoh melalui blog inilah. Rasulullah pernah bersabda "sampaikan daripadaku olehmu, walau sepotong ayat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin di peringkat permulaan ini, post2 ana byk copy & paste dr sumber2 yg lain, namun utk meningkatkan keupayaan diri, inshaAllah i'll try to create my own post...my own story...etc.
Ana telah mulakan langkah ini...doakanlah agar ana dpt istiqamah dalam melakukan usaha yang 'sedikit' ini. Walaupun ianya menuntut komitmen yg tinggi, dapat nukil post yang 1st ni pun dah suka sgt...syukur Alhamdulillah ;-)
Baiklah, setakat ni dululah wahai para sahabat2 semua...inshaAllah nnti kita sembang lagi....
Sebelum itu, marilah kita sama2 renungkan sepotong ayat ini," Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku kerana Allah swt...". Renung2kanlah. Hidup ini untuk beribadah.... ;-) -Born2pray-